Friday, January 24, 2014

Over 1,000 Teus From Port Klang

Salam Jumaat...

Ini bulan 12 punya cerita... masih belum terlambat lagi nak update kan? sepanjang almost 2 tahun aku kerja kat sini, December 2013 performance was superb among all... tak di sangka-sangka (actually memang dah sangka pun) local exports boleh melepasi 1,000 teus without any OOG atau Flatrack. Only 20'GP & 40'HC saje. sampai garu kepala Operation Team bila depoh dah kosong takde equipment. Sampai mengamuk semua shipper sebab haulier bill futile trip bila pegi depoh tak dapat pick-up box & went back empty handed. phewhh..!!

 Sebelum ni, paling tinggi yang we all pernah achieve adalah 650 teus ++ jer, tu pun bos dah kate Bravo!! dan bila dapat reach over 1,000 teus pulak, bos ape lagi, lompat bintang la...

Agak2nyer korang boleh bayangkan tak macam mana aku yang ridzwan berdua yang duk BL dept ni tonggang tebalik di sebabkan 1,000 teus ni... Korang x percaya? Laaa.... sukati korang la kan... tapi cer bayangkan, agaknya berapa ratus BL kitorang dah buat sepanjang bulan 12 hari tu...

Kalaula, setiap BL yang kami buat tu ada upah/komisen kan bagus kan? Xpe lah, mana ade kompeni yang nak fikir macam tu, pokai la diorang kan? hehehe...

Anyways, for that achievement, office pun belanja la makan-makan, Pizza... Terubat la jugak rase sebal ni kan sebab duk menahan hati dari mengamuk, menahan telinga dari berdarah, menahan mulut dari celupar bila kitorang kene ZASSSS dgn shipper yang otak udang dan akal pendek...

eh, ape pulak takde?? aderrr.... duk jaga BL ni, macam - macam jenis manusia aku dah pernah deal dah... ada yang senang lagi menyenangkan... ada yang tak habis2 menyusahkan... ada yang English dia tahap primary school dan boleh bagi gred E... ada yang sikit2 report bos, sikit2 report manager... ada yang kelam kabut, gelabah puyuh tak tentu pasal... Ya Allah, banyak sangat, terlalu banyak jenis manusia yang wujud dalam shipping industry ni untuk di huraikan satu per satu... kalau setakat maki hamun dari shipper tu, hmm... berbakul2 dah aku telan... telinga pun dh naik tuli nak dengar.. hehehe, penyabar tak saye? kan? kan? kan? (^_^)v

Ape-ape pun, setakat ni, kerja sini memang best!!! Port Klang Team memang superb!!! I.heart.you.alls...
Until then, salam...

Wednesday, January 15, 2014

ada apa dengan Hakeemy...?

Seriously, aku rasa kalau blog aku ini adalah sebuah bilik, for sure ianya akan penuh dgn habuk & spiderweb... Sangat komited terhadap kerja membuatkan aku xde masa nak update blog aku ni sakan-sakan... huhuhu~

Okay, now lets focus to the title of this blog. Ada apa dengan Hakeemy...? entah lah, aku sebagai emak kepada tuan punya badan pun tak faham sampai hari ni, kenapa Hakeemy ni sgt special di mata masyarakat...

Since he was born, until now... i could still he remember how an Iranian lady looked & smiled at me, and she told me that my baby is soooo cute when i brought him to KLIA back then, when he was 3 mo. Aku cam, okay... entahlah, mata masing2 la kot, at that time Keemy was super tembam so i conclude that he caught people's attention because of his "tembam"ness cheeks... haha!

And even, until now, masih lagi orang suka & minat pada dia... Semalam, kami bawak dia pegi Jakel lagi, sebab nak carikan cadar pengantin untuk adik ipar yang bakal berkahwin 25 May nanti... Fuyohhh, kalau tengok cadar pengantin kat Jakel memang rase macam nak kawin balik jerrrr, boleh??? hahahah~ Seriously, yang seronoknya dengan Jakel ni, kau boleh tawar harga yang dia bukak, and dia boleh nego harga ratus2 punya tau.... kalau beli kedai Cina kau dapat nego camtu? kau merayu sampai teguling2 pun paling banyak dia kasi kau diskaun posen-posen je... untung dia? heh! x yah citerlaaaa, kang jadi kes rasis pulak... heheheh!!!

Aish, lari tajuk dah... Kami di Jakel ade la dalam 2 jam... sebab x jadi amik cadar pengantin, adik ipar nak belikan set boria utk family pakai masa kenduri tu nanti, hat yang cadar pengantin dia kata dia nak datang balik dengan tunang dia cari mana yang paling berkenan di hati la. Lagipun tunang dia yang nak bayaq harga cadaru tu pun, buleh pau yang mahal2 sikit nanti, kannnn? hehehe....

Kat tingkat 3 aje pun, si Hakeemy ni dah macam Superstar... Setiap staff yg selisih dengan dia, mesti nak salam, nak cium, nak kasi gula2.... haihh~ jap lagi kami turun tingkat 1 utk beli kain baju kurung & baju melayu... siapla anak aku kena keroyok... bukan takat staff je, degan manager-manager depa datang nk amik anak aku pi mana ntah nak ajak main2... kalau gula2, jajan tu semua yang diorang ada semua diorang bagi... aku suruh ayah follow, aku dengan acu settlekan kain2 yang kami nak beli... tuuu dia, 41 meter kain kami borong kat Jakel semalam... Sampai tutup la kedai, kami duk lagi dalam tu nak settlekan purchase... And my son is well-entertained... terima kasih kat staff Jakel naaa....

Bila sembang2 dengan mak pasal Keeemy, mak kata mungkin sebab dia cerdik, mulut ramah... sebab tu orang suka... tapi dari observation aku sedari dia kecik sampai besar, aku concludekan yang Hakeemy ni sebenarnya mcm ade satu aura. Taukan aura? alaaa, yang mcm orang x tau ape lebihnya seseorang tu, kita tgok dia biasa jer, tapi ramai orang suka... ha, gitu leerrr lebih kurangnyer... seronok bila dapat anak yang popular cam gitu, haha!! tapi seriously merisaukan, especially when we go into public... macam2 hal boleh jadi, dan jenis Keemy ni jenis x takut dengan orang, lagiiii la bahaya....

Anyways, semoga apa kelebihan yang ada pada anak2 aku diberikan Allah kebaikan padanya....
Adik? bukan x special, tapi adik jenis low profile, mcm ayah... cool je, kalau muke x kenal dia reject... lebih bagus macam tu, kan??? hehehe... okay, until then... Salam...