Tuesday, November 17, 2015

30 weeks & counting ~

Assalamualaikum w.b.t.
Lama dah tak menyinggah (^_^)

Minggu ni acik dah masuk 30 minggu dah... masa 28 minggu hari tu repeat MGTT kantoi pulak ada GDM.
Adess... Apelagi, ber'BSP' la kite 2 minggu sekali. Bila result tak cantik kene la buat seminggu sekali. Acik pikir-pikir semula, alaa... takpelah, tinggal berapa minggu je lagi pun... Kalau time Keemy & Jeemy dulu, awal-awal lagi dah sangkut dah... Kiranya, membantu jugak la OmegaGuard kali ni kan... (^_^)

Ni dah 30 minggu ni, barang satu apa pun tak beli lagi ni... Haru la jenis manusia yang suka last minit ni kan... Kalau masa Keemy dulu, wah!! excited sangat acik duk menyoping baju baby, dari kandungan 6 bulan lagi dah siap checklist & survey... shopping baju baby, barang baby segala... Sekarang ni, kot ye pun anak no.3 dah... bukan tak mau prepare early, satu nya takdak masa... Sibuk sangat la duk uruskan my 3 heroes tu... Lagi satu, kali ni rasa macam nk ubah sikit, bawak duit banyak2 pastu pi borong sekali gus bawak balik, tak payah 10 kali nak ulang alik survey la, usha la segala dulu. Sekali beli, sekali bawak balik, sekali kemas, dah siap... haaaa... boleh kan macam tu? hahaha~ apa punya peel la mengandung kali ni.... (^_^)

Oh, ya... Sampai sekarang ni, acik terus tak minat makan ayam... Agak nya budak ni memang tak gemar makan ayam kot... Lagi satu, "Western Food" yang jenis Spagetti Carbonara ke, Aglio Olio ke hape jadah ke, yang cheesy-cheesy semua No! No! No! melainkan burger daging, burger daging dan burger daging... ngehehe... Dressing pun, acik tak suka maternity dress yang melabuh2 tu, rimas!!!! Blouse & pants, everyday... Time perut tak berapa nak besar tu hari, layan jugak la pakai baju kurung lagi, sekarang ni memang takde dah... Jalan pun dah macam penguin dah... Setiap hari berdoa supaya masa cepat berlalu...

Khamis ni ada check-up lagi dengan KKIA, doctor suruh remind dia dapatkan tarikh appoinment nak ke Hospital Klang untuk check dengan pakar O&G untuk dapatkan tarikh c-zer. Asyik check-up je memanjang, bos aku muka dah hijau-biru dah!! hahaha~ nasib la bos, perempuan mengandung memang macam ni, hang kene banyak sabaq naa... :p

Apa-apa pun, mohon doa dari semua agar kandungan acik ni dipelihara sebaiknya oleh Allah s.w.t dan di permudahkan segala proses kelahiran. Jumpa lagi, Wassalam...

Regards,
mummy-monster


Monday, September 14, 2015

"CAPATI MAK LANG"

Assalamualaikum w.b.t.;

Baca subject pun dah tau kan ni mesti kes nak promote product ni.
Haa... memang nak promote pun, pada sesiapa yang berminat, kami telah pun memulakan bisnes sampingan kami iaitu menjual roti capati yang kami brandkan under "Capati Mak Lang". Special edition capati kami ni tak macam yang uolls selalu makan kat kedai mamak tu...

Actually dah hampir sebulan dah perniagaan kami berlangsung, secara kecil-kecilan je (small scale) tapi dengan domestik order pun kami tak menang tangan. Memandangkan hari ni dapur kami "off" sempat la achik upload kan kat sini untuk promote product kami ni pada anda semua...

Untuk yang jauh-jauh, jangan risau ye, penghantaran melalui Poslaju kami sediakan. Dijamin sampai esok; Poslaju yang kata, kami ikut saja... hehehe...

Ha, packing kami seperti gambar yang di bawah ni la. Di jamin tiada unsur-unsur yang mencurigakan. Kami hidup dan membesar dengan roti Capati ni la, dan kini kami nak share kesedapannya dengan uolls... (^_^)

Capati yang siap di bungkus dan sedia untuk penghantaran

Capati yang sedang di dalam proses pembungkusan
Untuk pengetahuan anda, roti kami ni dah siap masak sepenuhnya, masa nak makan tinggal panaskan saja (atas kuali atau dalam microwave) then sapu merjerin masa tengah panas-panas tu untuk rasa yang lebih enak.

Sekian, Wassalam.

Salam sayang,
mummy-monster

Wednesday, August 12, 2015

Neck & Shoulder Pain punya angkara...

Assalamualaikum...
Hari ni acik terpaksa amik MC angkara sakit tengkuk & bahu yang melarat-larat sejak dari hari Isnin hari tu.. Dah 2 hari duk menahan sakit tegang leher, bahu, sakit kepala segala sampai tangan naik kebas.
Ingat semalam lagi nak amik MC tapi di sebab kan alang-alang dah masuk kerja tu, rasa rugi je nak MC setengah hari kan, rasa macam xde hasil je. hehehe... Akibatnya, tuu dia pagi tadi kepala, tengkuk, leher duk nyutt... nyut.. nyut... dalam hati duk kata "OK.. OK... I give up!" apalagi, siap lebih kurang, hantar anak pi nursery, balik sambung tidur la... Kepala ni bila sakit, ubat nya hanya tidur dan rehat saja, bukan kita MC pasal kita nak tidur. Tapi nak meredakan keazaban sakit yang duk nyutt.. nyutt... tadi tu, memang kena tidur...

Pukul 11.00 pagi, saya ulangi pukul 11.00 pagi barulah rasa kurang sikit sakit nya dan cargas bersiap untuk pi jumpa penyelamat bumi (doktor panel ku lah... hehe!) hmm.. yg dia duk bagi panadol dgn Voren Plus Gel je... Voren Plus ni content dia Diclofenac Sodium (painkiller) tapi tadi doc duk kata klw ubat sapu takpe, tak memudarat kan kandungan... lagi pun pernah dengar Doktor Pakar O&G kata painkiller ni bahaya klw dah hujung2 pregnancy je, klw awal2 x dak apa2... Acik sapu je la, klw tak sapu nanti acik pulak yang mudarat (menahan sakit)... huhi... Nak tau rupa dia mcm mana, haaa... samelah mcm gambar di bawah ni... gel dia warna putih jernih, rasa sejuk-sejuk sikit...




Balik dari klinik, terus singgah pejabat sekolah Pasti yang acik registerkan Hakeemy untuk Tadika tahun depan... RM 650 phewwhh... melayang sekelip mata... tapi takpa lah, anak nak sekolah pulak kan, nak berkira apa, tanggungjawab dah... RM 650 kira murah la tu... tempat lain mana nak dapat pendaftaran RM 650 SAHAJA? lain la kalau anak kita masuk tadika KEMAS... sebenarnya rasa tak percaya nih, anak bujang I tahun depan nak sekolah dah... terharu mak nok... tua dah mak ni... sekelip mata, tau2 esok dia dah mula merengek nak suh kita pi minang anak dara orang pulak... how time flies kan... takpa lah, selagi rambut mak ni belum beruban, mak okey!! hahaha~

Cerita pasal si bujang Hakeemy ni... pagi tadi acik induce dia semula dengan Prednisolone, 45mg acik bahagi dua, pagi 25mg, sat lagi malam 20mg... harap-harap x lama laaa induce dia tu sebab Cyclosporine pun bagi skali 1.0mL/day. Semua mak pun, nak anak-anak dia sihat wal'afiat je takde penyakit... Sungguh pun dia aktif2 mcm tu tapi kita tahu keadaan dia yg sebenar mcm mana, kadang2 bila terfikir hati rasa sayu sangat.. Takpelah, Allah pilih dia untuk hadapi ujian ni... Acik yakin, rahmat Allah untuk insan2 mcm dia ni melimpah ruah... Sebagai ibu, apart from ikhtiar, doa kita pada Allah untuk dia tu la yang tiada hijab dan sentiasa Allah dengari... Selebihnya, acik serah pada Allah menentukan takdir hidup dia... Selama Allah pinjamkan dia pada acik, acik akan cherish every moment dan buat dia sentiasa rasa belong, rasa di sayangi, setiap waktu...

Ok lah, duk cerita panjang lebar kerja rumah tak jalan lagi ni... kita sambung di lain hari ye...
Salam sayang dari mummy-monster... :)

Saturday, August 1, 2015

Setelah Sekian Lama... (^_^)

Assalamualaikum semua...
Bersiaran kita pada kali ini untuk pertama kalinya dari rumah... hehehe...
Payah la orang yang duk tulis blog 6 bulan sekali ni kan... Bila sekali tulis, semua nak kene refresh balik apa nak di cerita. Haru...

Sejak arwah mak (mertua) meninggal, tak ada banyak benda yang berubah pun... Cuma tiap kali balik rumah dia, rasa macam incomplete je la... But through times, we manage to overcome the feelings quite well. Alhamdulillah...

Dua bulan lepas arwah mak meninggal, kami dapat good news pulak... InshaAllah, Keemy & Jeemy bakal dapat adik... Tiada lain doa acik ni melainkan agar anak dalam kandungan ni sihat wal'afiat, sempurna segala sifat dan baik akhlak nya bila di lahirkan kelak. Memang la, duk teringin sangat nak anak perempuan... Tapi tu semua kuasa Allah Ta'ala... Tapi rasa-rasa kali ni perempuan kot... hehe, rasa-rasa je la... peace!!!

Ni nak cerita pulak pasal alahan pembawakan kali ini... MasyaAllah, Na'uzubillah, Allahu Akbar... Demi Allah, klw lah boleh di postpone atau transfer kan alahan mengandung ni memang lama dah doa kat Allah, "Ya Allah, Kau postpone kan lah alahan ku ini atau Kau transferkan lah alahan ini kepada orang lain..." boleh tak doa gitu? hehehehe... Memang azab sangat... bayangkanlah... no fish, no chicken, no meat! i only eat greens from the past 2 1/2 months... Berat pun turun 3 KG tau... paling2 protein yang acik boleh telan pun susu segar, ikan masin, ikan bilis & telur... Tuuuu je lah duk ulang-ulang hari2 makan sampai naik jemu... Tapi jemu pun hadap jugak sebab hat lain semua tak buleh nak masuk langsung...

La ni dah nak masuk 15 minggu Insha Allah, alergic tu belum lagi 100% subsided. Buleh la try sikit-sikit makan daging ke, but most of the time tengok saja pun tekak dah kembang. Paling kembang tekak bila terfikir pasal western food. Nak senang muntah, acik hanya perlu imagine chicken chop yang di mandikan dengan black-pepper sauce bersama coleslaw & potato with gravy. ewwhhh!!!! bluerghh!!!! Bau ayam goreng, arghh!! i just hate them!! dah tu, nak makan apa??? habaq mai sat... aaihh... nangis la ceq hari-hari..

Kadang badan lemah, rasa macam tenaga tu kena sedut entah pi mana... merengkot je, bak kata abang sado acik, macam udang goreng... hehehe... tak tahan aircond dalam bilik, angkut bantal & selimut pi tidur kat hall... selesa... Kadang sihat pulak, tak kena gaya makan, muntah balik, tapi x selalu... last muntah pun sebab makan obimin.. haduih!! Memang teruk la alahan kali ni... dua orang boys tu pun rasa tak kronik sgt mcm ni... Semoga masa-masa sukar ni segera berlalu...

Al-kisah bukak buku pink pulak, low Hb je la memanjang... hhmm... telan pulak pil cekelat tu, lagi buat orang jadi pening... Siang tadi buat MGTT dah, tak tau lah ape resultnya... acik harap klinik tak call semula.. sebab klw diorang call balik tu maknanya ada kencing manis la tu, laaagi la susah... huii!!!

Ape-ape pun, semoga kandungan kali ini di permudahkan, dan di lindngi keselamatannya oleh Allah s.w.t.
OK kita sambung lain kali, Salam sayang, Assalamualaikum...

Regards,
Mummy-monster.

Friday, May 29, 2015

Perjalanan Terakhir Seorang Ibu.

As-Salam...

Tanggal 19 March 2015; bersamaan dengan 28 Jamadilawal 1436H, ibu mertua ku telah pergi menyahut seruan Ilahi.
Segalanya berlaku terlalu cepat, dan perginya arwah adalah sesuatu yang tak dapat kami sangka.
Dan pastinya, membuatkan suami ku berada di dalam keadaan yang amat berduka.

Segalanya seperti biasa, sehingga penghujung Februari 2015, bila adik ipar yang bongsu beritahu pada abangnya mak tengah tak sihat dan mencari dia. Seperti biasa, kami memang akan balik melawat emak bila dipanggil sebab cik abang sado saya memang sangat attached dengan ibunya. Kami ingat kan sakit pening biasa je, tapi rupanya emak dah tidak bermaya. bangun nya perlu di papah setiap kali perlu ke tandas.

Macam biasa kami akan bawa emak ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Tapi semakin hari kesihatan nya semakin memburuk. Sudah kami bawakan ke tabib cina untuk rawatan acupuncture  namun keadaan nya masih sama.

Selang beberapa hari kemudian kami sepakat membawa emak ke Hospital Klang, untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Awal bulan March, mak admitted di sana dan di benarkan pulang selepas 3 hari. Selepas semua ujian (Blood test, CT scan & Ultrsound) tidak menunjukkan sebarang masalah. Mak cuma perlu makan ubat seperti yang di arahkan saja.

Pulang dari Hospital Klang, mak kelihatan semakin tidak bermaya. Tak mahu makan apetah lagi ubatnya. Hanya yang diminta air sejuk dan buah-buahan. Memang kami agak risau dengan keadaannya ketika itu namun kami tetap menuruti segala kehendaknya. Aku sempat menjaga emak, walaupun tak lama, walaupun tak sepenuh masa.

17 March 2015; Selasa. Aku dapat panggilan dari suami selepas waktu makan tengahari. Katanya dia perlu balik ke rumah kerana adiknya beritahu yang emak sudah tidak sedarkan diri. Beberapa jam kemudian suami memberitahu-ku  ibunya di masukkan ke Zon Merah kerana tidak sedarkan diri. Pulang dari kerja selepas mengambil anak-anak dari taska, kami terus ke sana.

Lebih kurang jam 8.00 malam kami terima laporan dari dokter yang merawat emak di bilik kecemasan bahawa sebenarnya paru-paru emak dijangkiti kuman. Dan disebabkan keadaan nya yang uzur, kuman itu telah merebak ke bahagian otak dan menyebabkan beberapa bahagian sel otak telah mati, tidak lah banyak, hanya beberapa saja. Bacaan gula dalam drah juga agak tinggi.

18 March 2015; Semalaman emak di bilik kecemasan, dan akhirnya di tolak ke wad 7A pada ke-esokan harinya. Ketika itu emak sudah boleh membuka mata namun masih dalam keadaan "blur"... Suami tidak bekerja kerana dengan keadaan emak, dan mengambil-alih giliran tugas menjaga emak di wad pada waktu pagi hingga tengahari. Ada jugak saudara terdekat yang datang melawat emak hari itu. Masuk ke petang, suami pulang menjemput anak-anak di taska, mengambil ku di tempat kerja dan kami terus ke hospital semula.

Keadaan emak ketika itu aku lihat, seperti sedang tidur kepenatan... bila tidak di kejutkan, dia akan tidur... bila di panggil, dia akan membuka matanya, mengangguk kepala dan tidur semula... aku cuma berharap emak lekas sembuh dan pulang ke rumah pada ketika itu... habis waktu melawat, kami pun pulang ke rumah. Suami pun perlukan rehat, untuk menyambung tugas menaga emak semula pagi esoknya.

19 March 2015; kami sedang bersiap. Suami bercadang menghantar ku ke pejabat sebelum terus ke hospital melawat ibunya semula. Sedang kami bersiap, kami dapat panggilan dari adik suami yang menjaga emak sepanjang malam. "Abang, mak demam." Terdetik perasaan yang tidak enak di hati bila mendengar perbualan mereka. Aku biarkan saja perasaan itu berlalu, dan meneruskan rutin. Bersiap, untuk ke pejabat... Dan, tanpa di duga, setengah jam kemudian, kami dapat satu lagi panggilan dari adik ipar ku. Dengan nada yang cemas + menangis "Abang, mak dah tak ada!!"...

Kami terkedu. Suamiku, bagai tidak percaya. Aku tak jadi ke pejabat. Kami terus ke hospital. Seolah ingin mengesahkan berita itu benar berlaku atau hanya gurauan. Dalam perjalanan; aku siap-siap menelefon majikan memohon untuk cuti kecemasan. Segalanya bagai terlalu pantas. Dan di situlah berakhirnya perjalanan seorang ibu.

Arwah emak meninggalkan kami jam 8.30 pagi; dan upacara pengebumian selesai lebih kurang jam 2.00 petang. Talkin di baca usai azan Zohor. Semoga Emak tenang di Sana. Di sisi Sang Pencipta.
Kami, anak - menantu takkan pernah melupakan emak. Terima kasih, kerana merestui perkahwinan kami, dan dengan restu emak itu kini kami bahagia, inshaAllah hingga ke syurga. Terima kasih, kerana menyayangi anak-anak kami, lebih dari mak menyayangi anak-anak & cucu-cucu emak yang lain.

Masa kami juga akan tiba, emak. Kami juga bakal menyusul. Cuma bila dan bagaimana, masih lagi di rahsiakan Tuhan. Doa kami, semoga roh emak sentiasa tenang & aman serta di cucuri rahmat Yang Maha Esa. Ameen...

Tuesday, February 24, 2015

Birthday Treat for ayah - Fraser Hill Trip; Nov'14

Salam,
Nak tergelak sendiri bila memikirkan, betapa punya backdated la acik ni kan?
Sibuk sangat dengan urusan harian, sampai tak nyempat2 nak update blog.
Siap boleh terlupa lagi ade post yang nk kene upload... hihi...

Okay, ini cerita November 2014, birthday treat for my hero yang gagah perkasa...
Kita blanjer dia short vacation ke Fraser Hills.
Distance from my home tak la jauh sangat. Tapi jalan nak naik ke Fraser Hills tu memang sangat berliku-liku...
Cuba bertahan sebaik mungkin, namun bila betul-betul dah sampai top, achik tewas jua...
Sorang lagi yang tewas hero kecik ku, Faiez Nazmy.
Faiez Hakeemy? hehehe... relax je macam tak de ape-ape yang berlaku... ciss!!

OK, jom photo tour...


dak kecik tu sebenarnya takut dengan abang hensem kaki 4 ni... tapi sebab mummy ada, dia berani.. LOL!

abang & ayah



dekat pekan dia... mana Freaser ade pekan? haha... ok, depan padang Golf... :)








 




Faiez Hakeemy dengan acunyer...


hmm.. (^_^)





at The Paddock...








ala-ala sweet gittew... haha!!!


dinner time, sempat wefie.


another wefie






trademark Fraser Hill. kalau dtg sini x tangkap gambar kat menara jam ni, baik jangan datang.. kikiki...


Allan's Water History


abang hensem yang sangat baik hati... (^_^)


buah hati mummy & ayah...



 ehem.. ehem... :)






family photo


 the scenery... so serene... best sangat...


 men of my life...

another family potrait...


abang dan acu...





 the heroes...


hmm... my personal point of view, Fraser Hill tempat yang sangat sesuai untuk tenangkan jiwa..
aman, damai, langsung takde hiruk pikuk bandar ni...
Tapi tak banyak entertainment yang sesuai untuk kanak-kanak...
jalan nak turun naik pun mencabar gila, nak nye untuk orang macam acik ni x tahan jalan mcm ular kene palu...
hehe..
nice experience though...
lepas ni kita nak gi bejalan ke mana pulak ye?
hehehehe...
as-salam...

regard,
mummy-monster.

Tuesday, January 13, 2015

Relapse again?

Relapse yang pertama untuk tahun 2015.

Semalam pagi protein urea Hakeemy 2+
Pagi tadi protein urea Hakeemy 3+
Knowing of his history, we knew there is no way for his protein urea suddenly become -ve tomorrow.

Anak, hanya Allah saja yang tahu perasaan mummy bila tengok urine result kamu mcm tu.
Nampaknya, hari Jumaat ni kami kene bawak kamu semula ke Hospital Selayang untuk confirmkan relapse dan ambil ubat cyclosporine untuk kamu.

Bertabah lah nak bila kamu di uji lagi macam ni...
Dan ujian Allah s.w.t pada kamu juga adalah ujian yang lebih berat untuk mummy...
Kita usaha lah, tawakal, ikhtiar & berdoa...
Yang selebihnya kita serahkan segala perancangan masa depan kita pada Yang Maha Pencipta.
Dengan memikirkan ini, kita akan lebih redha dengan setiap dugaan yang Allah beri.
Kamu beruntung, kerana terpilih...
Sungguh banyak rahmat & pahala yang akan Allah berikan kepada orang-orang yang tabah macam kamu.
Dan kamu suci, bersih dari segala dosa.
Sesungguhnya kamu adalah pinjaman dari Allah kepada mummy.
Allah pinjam kan kamu supaya hari-hari yang mummy lalui penuh dengan warna ceria & kegembiaraan.
Dan bila-bila masa yang Allah mahukan, Dia boleh panggil kamu kembali untuk berada di sisi-Nya & menghantar kamu bermain di taman-taman syurga.
macam tu jugak dengan mummy. Mummy pun hanya pinjaman sementara dari Allah s.w.t untuk kamu & adik. Bila tiba masanya Allah panggil mummy pulang, mummy harus pergi.
Kan, hidup ini hanya sementara. Yang kekal hanyalah alam akhirat.
Sayang, kamu sangat istimewa. Menyerikan kehidupan sesiapa saja yang mengenali kamu.
Keletah & kebijaksanaan kamu mudah mengambil hati sesiapa saja yang kenal pada kamu.
Dan ya, kamu di sayangi, dan amat di sayangi oleh semua orang di sekelilingmu.
Tapi di antara semua, kami lah yang paling - paling sayang kan kamu & adik. Kami, mummy & ayah.

Maaf kerana beremosi.
Semoga Allah memberikan kesembuhan untuk kamu.
Ini doa mummy untuk kamu setiap hari.
Insha Allah, semoga semuanya baik-baik saja nanti.


Salam sayang,
mummy-monster.