Tuesday, December 30, 2014

Penutup 2014 yang sangat menguji kesabaran... (T_T)

Salam,
Agak-agaknya kalau baca tajuk mesti dah tau kan entry kali ni cerita tentang perkara yang tak best...
Memang tak best...

Bermula dengan kisah demam anak-anak yang tinggi2 suhunya, membawa kepada gejala ulser dan sakit mulut pada mereka...
Seminggu. Seminggu sahaja....

Masuk minggu kedua Disember, demam berjangkit kat mummy. :(
Oh well, sakit mulut pun berpindah sama. :( :( :(
Tapi lebih malang buat mummy sebab sakit mulut mummy kena sangat lama....
dah masuk 14 hari dah... start dengan ulser di lelangit. lepas tu turun ke gusi kanan.
Gusi kanan bengkak, dan lelangit sebelah kanan ada mata ikan....
Perasaan saya? "SANGAT BEST!!!" Rahang jem, dan makan pun pedih.
Kesimpulannya = tak boleh makan nasi. seronokkan???

Masuk beberapa hari kemudian, dengan masalah yang disebelah kanan belum selesai, gusi kiri pulak infected. :( :( :(
Udah, kiri kanan rahang jem, x leh bukak luas...
Kesimpulannya = lagilah x boleh makan...

Sabtu lepas, dalam keadaan mulut yang masih sakit2 ni, Jeemy dgn gaya pemain bola sepak negara tanpa rasa bersalah menghantukkan dahi batunya ke rahang mummy sebelah kanan yang tgh sakan bengkak & penuh ulser ni.
Perasan: Sangat seronok rasa bagai mahu melompat bintang.

Tak boleh jadi, sampai bila nak telan painkiller?
Habis dose, denyut balik... Habis dose, denyut balik...
Bila mengadu dengan Cik Abang, takde ayat lain; "sabar je la, nanti elok la..." "tahan la sikit, nanti baikla..."
Ye la sayang, bukan awak yang tanggung sakit ni, cuba kalau awak yang kena... hmmm...
Dan yang paling hazab bila anda tengah sakit mulut ialah, di suruh masak tapi anda tak mampu nk rasa masakan anda sedap ke tidak. oh, siksanyaaa... (T___T)

Google punya google, jumpa satu item.
Katanya memang untuk ulser mulut & bengkak gusi.
"Sanjin Watermelon Frost"
Semalam beli, terus pakai... Memang tak sabar... Tak sabar nak baik... :(
Lepas 3 kali application, Alhamdulillah, ulser dah mengecik. Setelah sekian lama.
Tapi jaws masih bengkak. mungkin makan masa sikit. Yang penting ada improvement.
Dari duk menahan sakit dengan painkiller sampai tak sudah.
Tapi, don't complain about the taste la. Rasa tanah!! bluerghhh!!

Moral of the story: Jangan simpan derita sakit mulut lama-lama.
Cubalah Sanjin Watermelon Frost. hahaha...

Pada yang nk tau macammana rupe Sanjin Watermelon Frost tu, silelah google sendiri.
Harini malas nk paste gambar kat post ni. hehehe...

Sekian, wassalam.

Regards,
mummy-monster.