Friday, May 29, 2015

Perjalanan Terakhir Seorang Ibu.

As-Salam...

Tanggal 19 March 2015; bersamaan dengan 28 Jamadilawal 1436H, ibu mertua ku telah pergi menyahut seruan Ilahi.
Segalanya berlaku terlalu cepat, dan perginya arwah adalah sesuatu yang tak dapat kami sangka.
Dan pastinya, membuatkan suami ku berada di dalam keadaan yang amat berduka.

Segalanya seperti biasa, sehingga penghujung Februari 2015, bila adik ipar yang bongsu beritahu pada abangnya mak tengah tak sihat dan mencari dia. Seperti biasa, kami memang akan balik melawat emak bila dipanggil sebab cik abang sado saya memang sangat attached dengan ibunya. Kami ingat kan sakit pening biasa je, tapi rupanya emak dah tidak bermaya. bangun nya perlu di papah setiap kali perlu ke tandas.

Macam biasa kami akan bawa emak ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Tapi semakin hari kesihatan nya semakin memburuk. Sudah kami bawakan ke tabib cina untuk rawatan acupuncture  namun keadaan nya masih sama.

Selang beberapa hari kemudian kami sepakat membawa emak ke Hospital Klang, untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Awal bulan March, mak admitted di sana dan di benarkan pulang selepas 3 hari. Selepas semua ujian (Blood test, CT scan & Ultrsound) tidak menunjukkan sebarang masalah. Mak cuma perlu makan ubat seperti yang di arahkan saja.

Pulang dari Hospital Klang, mak kelihatan semakin tidak bermaya. Tak mahu makan apetah lagi ubatnya. Hanya yang diminta air sejuk dan buah-buahan. Memang kami agak risau dengan keadaannya ketika itu namun kami tetap menuruti segala kehendaknya. Aku sempat menjaga emak, walaupun tak lama, walaupun tak sepenuh masa.

17 March 2015; Selasa. Aku dapat panggilan dari suami selepas waktu makan tengahari. Katanya dia perlu balik ke rumah kerana adiknya beritahu yang emak sudah tidak sedarkan diri. Beberapa jam kemudian suami memberitahu-ku  ibunya di masukkan ke Zon Merah kerana tidak sedarkan diri. Pulang dari kerja selepas mengambil anak-anak dari taska, kami terus ke sana.

Lebih kurang jam 8.00 malam kami terima laporan dari dokter yang merawat emak di bilik kecemasan bahawa sebenarnya paru-paru emak dijangkiti kuman. Dan disebabkan keadaan nya yang uzur, kuman itu telah merebak ke bahagian otak dan menyebabkan beberapa bahagian sel otak telah mati, tidak lah banyak, hanya beberapa saja. Bacaan gula dalam drah juga agak tinggi.

18 March 2015; Semalaman emak di bilik kecemasan, dan akhirnya di tolak ke wad 7A pada ke-esokan harinya. Ketika itu emak sudah boleh membuka mata namun masih dalam keadaan "blur"... Suami tidak bekerja kerana dengan keadaan emak, dan mengambil-alih giliran tugas menjaga emak di wad pada waktu pagi hingga tengahari. Ada jugak saudara terdekat yang datang melawat emak hari itu. Masuk ke petang, suami pulang menjemput anak-anak di taska, mengambil ku di tempat kerja dan kami terus ke hospital semula.

Keadaan emak ketika itu aku lihat, seperti sedang tidur kepenatan... bila tidak di kejutkan, dia akan tidur... bila di panggil, dia akan membuka matanya, mengangguk kepala dan tidur semula... aku cuma berharap emak lekas sembuh dan pulang ke rumah pada ketika itu... habis waktu melawat, kami pun pulang ke rumah. Suami pun perlukan rehat, untuk menyambung tugas menaga emak semula pagi esoknya.

19 March 2015; kami sedang bersiap. Suami bercadang menghantar ku ke pejabat sebelum terus ke hospital melawat ibunya semula. Sedang kami bersiap, kami dapat panggilan dari adik suami yang menjaga emak sepanjang malam. "Abang, mak demam." Terdetik perasaan yang tidak enak di hati bila mendengar perbualan mereka. Aku biarkan saja perasaan itu berlalu, dan meneruskan rutin. Bersiap, untuk ke pejabat... Dan, tanpa di duga, setengah jam kemudian, kami dapat satu lagi panggilan dari adik ipar ku. Dengan nada yang cemas + menangis "Abang, mak dah tak ada!!"...

Kami terkedu. Suamiku, bagai tidak percaya. Aku tak jadi ke pejabat. Kami terus ke hospital. Seolah ingin mengesahkan berita itu benar berlaku atau hanya gurauan. Dalam perjalanan; aku siap-siap menelefon majikan memohon untuk cuti kecemasan. Segalanya bagai terlalu pantas. Dan di situlah berakhirnya perjalanan seorang ibu.

Arwah emak meninggalkan kami jam 8.30 pagi; dan upacara pengebumian selesai lebih kurang jam 2.00 petang. Talkin di baca usai azan Zohor. Semoga Emak tenang di Sana. Di sisi Sang Pencipta.
Kami, anak - menantu takkan pernah melupakan emak. Terima kasih, kerana merestui perkahwinan kami, dan dengan restu emak itu kini kami bahagia, inshaAllah hingga ke syurga. Terima kasih, kerana menyayangi anak-anak kami, lebih dari mak menyayangi anak-anak & cucu-cucu emak yang lain.

Masa kami juga akan tiba, emak. Kami juga bakal menyusul. Cuma bila dan bagaimana, masih lagi di rahsiakan Tuhan. Doa kami, semoga roh emak sentiasa tenang & aman serta di cucuri rahmat Yang Maha Esa. Ameen...