Tuesday, March 11, 2014

Pendaftaran Keemy & Jeemy ke Taska Comel Intelek

Salam Readers,
Hari ni hari pertama aku berkerja untuk minggu ni. Semalam, terpaksa ambik emergency leave sebab babysitter takde kat rumah, ke Selayang menghantar anaknya bertukar sekolah.

So, alang2 dah cuti tu, aku pun mengambil kesempatan di dalam kesempitan tersebut untuk meng'register'kan anak2 bujang ku ke Taska Comel Intelek...

Kenapa Taska Comel Intelek? Sesungguhnya aku memang takde langsung experience menghantar anak aku ke Taska tu, malah mana2 taska sekalipun. Tapi, selepas puas kami (aku&husband) ronda-ronda satu kampung cari semua taska-taski yang ade kat kawasan kampung delek & sungai udang, kami rasa Taska Comel Intelek lah yang sangat sesuai untuk kami hantar hero-hero kami.
Sebab-sebabnye:

1. Jarak yang sangat dekat dari rumah - alah, ade lah lebih kurang dalam 500 meter dari rumah... Kalau lebih pun, tak sampai la 1 kilometer.

2. Sikgu Salmah yang very transparent & straight forward

3. Kesudian pihak taska yang ingin membantu parent cuba untuk mendapatkan bantuan subsidi saraan anak2 ke taska oleh Kerajaan Negeri Selagor. Dia suruh aku sediakan semua dokumen & borang, then submit pada dia. Dia akan hantar borang-borang tu ke Putrajaya...

4. Paling murah dengan subsidi RM 100 seorang untuk anak2 aku, aku just kene bayar RM 400 sebulan pada Taska, sama rate dengan yang aku bayar pada babysitter. Then, kalau permohonan untuk dapatkan bantuan aku tu Lulus (insyaAllah, moga murah rezeki anak2 aku); kami x perlu bayar apa2 pun pada Taska dan fees untuk penjagaan anak2 aku di sana adalah percuma sepanjang tahun.

Bukan nya kami nak mengambil kesempatan, cuma mencuba nasib kalau ade rezeki mana lah tau kan, Wallahu'alam...

Dan sesungguhnya ini adalah satu keputusan yang amat sukar untuk aku ambil sepanjang hampir 3 tahun menjadi ibu. Menghantar Faiez Hakeemy yang masih di bawah rawatan steroid & Faiez Nazmy yang cengeng semedang tu ke taska adalah sesuatu yang paling aku risaukan. Tapi aku takde pilihan...

Kalau tak disebabkan tanggungjawab yang menggunung demi membantu suami dari segi kewangan untuk membesarkan anak-anak, pastinya dah lama aku berhenti kerja.

Dan aku memang akan berhenti kerja, untuk memberanikan diri maju setapak lagi dalam kehidupan untuk memulakan perniagaan dari rumah. Bila tiba masanya, aku akan updatekan di sini...

Semoga, apa saja keputusan yang aku buat, dan tindakan yang aku ambil ni semua nya yang baik-baik saja... Allah saja yang tau akan kegusaran dan gundah - gulana hati ni saban hari dalam meniti kehidupan yang kian mencabar...

InsyaAllah, bertemu lagi.
Assalamualaikum...