Saturday, June 20, 2020

RESIPI ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni mami nak share resipi Asam Pedas Ikan Tenggiri.
Dah lama sebenarnya tak makan ikan tenggiri, almaklumlah kan dengan harganya yang tak berapa nak murah... 
Asam pedas pulak memang mami jarang masak sebab suami tak berapa gemar makan asam pedas, walaupun beliau asal dari Melaka... 

Jom, kita terus ke resipi...

Bahan-Bahan :
3 - 4 keping Ikan Tenggiri
4 - 5 tangkai Daun Kesum
Sedikit Air Asam Jawa
Garam & perasa
Tomato & Bendi ikut Kesesuaian

Bahan Kisar :
1 - 2 Labu Bawang Besar
3 - 4 Ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Sedikit Cili Kisar
1 ibu jari Belacan

Cara-Cara :
  • Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, dan belacan. Tumiskan hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar.
  • Masak bahan tadi sehingga terbit minyak, selepas itu masukkan daun kesum.
  • Kemudian, boleh masukkan air, ikut kesesuaian bahan tumisan tadi (tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat)
  • Selepas mendidih, boleh lah di masukkan ikan tenggiri dan air asam jawa.
  • Renehkan seketika, dan masukkan bendi dahulu, sambung mereneh.
  • Perasakan dengan garam, gula atau bahan perasa pilihan (optional).
  • Setelah yakin ikan telah masak sepenuhnya dan bendi sudah pun lembut, boleh lah masuk kan tomato seketika kemudian padam kan api dapur.

Selamat mencuba!!

Best regards,
mummy-monster























Monday, February 22, 2016

Tamatnya tempoh berpantang...

Hi, Assalamualaikum...
Today marks day 45 of life for my little girl Nur Faizura Humairah, which means my confinement period has finally over. Alhamdulillah.
Confinement period this time was really unique & special because I don't really 'confine' myself. Yang beriya ber'confine' adalah Maira.
Let me tell you why...

We got discharged from the hospital (HTAR) after 48 hours of surgery,Alhamdulillah. As we came home, few days later Maira dah kene jaundis. There we go, selang 2 hari kami kene ke klinik kesihatan untuk check bilirubin level dia.

Belum pun sempat Maira nak fully recover from the jaundis, ther goes Hakeemy with his fever & protein urea of 4+, we seek advise from KK Pandamaran and the docter issued us antibiotic as per the letter given by Dr. Lai (Paeds Nephro in Hospital Selayang). After 2 days, the fever has resolved, but.... he's started to have water retention on his belly and having a very-very-very minimal urine output. As a mother who has been monitoring his health condition all this while, ingat tak risau ke???

Made a call to Wad 8B hospital Selayang on Monday, January 19, 2016 and the docter advise to immediately bring him to the renal clinic on Tuesday itself. So, ayah had to take another leave and brought him there. They insist for an admission but ayah trying his luck by refusing & explaining his condition that time (tempat kerja baru with no annual leave & mummy in confinement). Docter agreed that time tapi bersyarat, where they insist for a blood test and if the result were not good, no matter what an immediate admission is a must. 6.40pm the same day, we received a call from the ward insisting Hakeemy for admission.

We sent him, and who do you think will gonna stay in hospital to look after my boy? the best we could think of so far, i took the risk for my son. Leaving maira & jeemy at home with atok (my mother), while still in confinement, and waited Hakeemy at the hospital for about 5 days. At this point of time, I was feeling lucky & grateful enough for having such an understanding, loving & caring husband & families all around me

We got discharged from the ward on Sunday, and on the same day as we reached home, Jeemy start to have a spike on his temperature. Ya Allah. Tuhan saja yang tahu how my feeling was that time. Penat dan stress. And it has been for 8 days with 3 medical consultations. phewh!!

OK, done with Jeemy. I thought everything is over. Oh no, not yet! Hakeemy start to have fever again and I started to lose my patient. Immediately call the nearby pharmacy and get the Cefuroxime Axetil 250mg stock & start on him immediately. The first month of my confinement was well spent on my children, really.

As everything start to feel calm. Husband got an offer of job in Pasir Gudang of which the pays are higher. And he just wanted to give it a try. Alhamdulilah, mungkin ini rezeki yang Allah janjikan untuk Humairah. And husband seems happy with his new job. So the balance of my confinement days were busy handling my childrens & polishing up my survival skills. huhu... That is why I told you, my confinement this time was not really a confinement for me, it's a confinement for Humaira actually. hehe...

Alhamdulillah, despite all the tests, Allah berikan kesihatan yang baik & sempurna walaupun luka pembedahan belum lagi pulih sepenuhnya dah kene berulang kesana-kemari. Apa-apa pun semoga keluarga kecil kami sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah s.w.t. dan sentiasa gembira & di lindungi Allah s.w.t. Amiinn...

Sampai sini dulu perkongsian untuk kali ini ye, wasalam...
Regards,
mummy-monster.

Thursday, February 18, 2016

throwback family vacation to Penang - Sept'15

Assalamualaikum,
Jom throwback sikit gambar-gambar family vacation kami September last year.
Masa ni tengah duk kendong Maira kehuku-kehilir ni dalam perut...
Kami stay kat Bayview Hotel Batu Feringghi selama 2 malam...
Tak sempat nak ronda banyak tempat pun, tapi yang wajib pergi adalah Padang Kota Lama dan pekena sekali pasembur depa.
Selain dari tu kami pergi ke Bukit Bendera, Georgetown (of course), 3D Art Museum and on the last day kami spent time tepi pool je, melayan kehendak anak-anak yang sibuk nak mandi-manda.
Balik dari Penang, kami singgah pulak Cameron Highland 1 malam. Tapi CH basically takda apa yang best pun. Kesejukan CH pun dah tak sesejuk dulu. Tak perlu nak pakai sweater pun dah sekarang ni. We olls siap berhujan lagi, nak kata menggigil tu langsung tak la...Jauh sangat perbezaan dengan 6 tahun lepas masa kami pergi ikut company trip suami. Time tu, tiga lapis selimut pun tak cukup kak bedah oii...

Ape-ape pun, kami anak beranak enjoy sangat masa trip ni... Terima kasih pada encik suami yang rajin melayan kerenah & kehendak isteri & anak-anak mu yang macam-macam time tu... hehe... until we meet again, wassalam...

Regards,
mummy-monster.

Tuesday, November 17, 2015

30 weeks & counting ~

Assalamualaikum w.b.t.
Lama dah tak menyinggah (^_^)

Minggu ni acik dah masuk 30 minggu dah... masa 28 minggu hari tu repeat MGTT kantoi pulak ada GDM.
Adess... Apelagi, ber'BSP' la kite 2 minggu sekali. Bila result tak cantik kene la buat seminggu sekali. Acik pikir-pikir semula, alaa... takpelah, tinggal berapa minggu je lagi pun... Kalau time Keemy & Jeemy dulu, awal-awal lagi dah sangkut dah... Kiranya, membantu jugak la OmegaGuard kali ni kan... (^_^)

Ni dah 30 minggu ni, barang satu apa pun tak beli lagi ni... Haru la jenis manusia yang suka last minit ni kan... Kalau masa Keemy dulu, wah!! excited sangat acik duk menyoping baju baby, dari kandungan 6 bulan lagi dah siap checklist & survey... shopping baju baby, barang baby segala... Sekarang ni, kot ye pun anak no.3 dah... bukan tak mau prepare early, satu nya takdak masa... Sibuk sangat la duk uruskan my 3 heroes tu... Lagi satu, kali ni rasa macam nk ubah sikit, bawak duit banyak2 pastu pi borong sekali gus bawak balik, tak payah 10 kali nak ulang alik survey la, usha la segala dulu. Sekali beli, sekali bawak balik, sekali kemas, dah siap... haaaa... boleh kan macam tu? hahaha~ apa punya peel la mengandung kali ni.... (^_^)

Oh, ya... Sampai sekarang ni, acik terus tak minat makan ayam... Agak nya budak ni memang tak gemar makan ayam kot... Lagi satu, "Western Food" yang jenis Spagetti Carbonara ke, Aglio Olio ke hape jadah ke, yang cheesy-cheesy semua No! No! No! melainkan burger daging, burger daging dan burger daging... ngehehe... Dressing pun, acik tak suka maternity dress yang melabuh2 tu, rimas!!!! Blouse & pants, everyday... Time perut tak berapa nak besar tu hari, layan jugak la pakai baju kurung lagi, sekarang ni memang takde dah... Jalan pun dah macam penguin dah... Setiap hari berdoa supaya masa cepat berlalu...

Khamis ni ada check-up lagi dengan KKIA, doctor suruh remind dia dapatkan tarikh appoinment nak ke Hospital Klang untuk check dengan pakar O&G untuk dapatkan tarikh c-zer. Asyik check-up je memanjang, bos aku muka dah hijau-biru dah!! hahaha~ nasib la bos, perempuan mengandung memang macam ni, hang kene banyak sabaq naa... :p

Apa-apa pun, mohon doa dari semua agar kandungan acik ni dipelihara sebaiknya oleh Allah s.w.t dan di permudahkan segala proses kelahiran. Jumpa lagi, Wassalam...

Regards,
mummy-monster