Wednesday, December 4, 2013

Kembali kepada makanan Sunnah, madu Khaula...

Nazmy (Jeemy - nama manja... hehe!) memang mempunyai tahap immunity yang rendah, berbading dengan 
Hakeemy. Kalau batuk atau selsema, mesti dia yg kena dulu, dan tak mau elok2...

Kalau bawak gi Klinik Kerajaan, haram kalau dia nk bagi ubat kat baby below 2 years old... Dangerous katenya... Ye, memang ubat tu dangerous.... tapi nak biar dia menanggung azab siksa berhari2 dengan batuk & tekak yang gatal tu ke? sebagai parents, mana la kita tahan nk biar... batuk & selsema yg di biarkan pun macam2 hal boleh jadi, silap2 gaya kene athsma, lagi x pasal dik nonn...

Kalau batuk nya, MasyaAllah, kita yang dengar pun tak tahan... Kesian, risau, sedih tengok anak sakit, macam2 perasaan bercampur...

Bila dia dah batuk, mula la selsema, demam pun singgah and the worse part is, dia akan merengek, menangis nak melekat dengan mummy mintak di dukung sepanjang-panjang masa... MasyaAllah... Nak buat mcm mana? Anak kan? Moga ada points untuk mummy yg bersabar melayan kerenah hero yg x sihat tu...

Sampai satu tahap, mummy buntu, tak tau nk buat ape dah... batuk makin hari makin teruk, bangun tengah2 malam sebab Jeemy mengamuk marahkan tekaknya yg gatal tu... pujuk2, bg makan ubat, dan tidurkan balik... untuk working mummy like myself, "MEMANG STRESS"... 

Until one day, ayah suggest utk bagi madu kat Jeemy... Kebetulan mak memang ade stok madu Khaula kat dalam almari dia, we tried... And Alhamdulillah! that nite dia langsung x meragam & x batuk pun... MasyaAllah... seronoknya rasa hati.... 

Esoknya kami terus cari madu Khaula tu, ye la takkan nak habiskan mak punya pulak kan? :D
Dan sekarang, madu Khaula menjadi supplement WAJIB anak2 sebelum tidur... Madu kan? kan? mestilah budak2 suka, sudu jauh lagi dia dah nganga mulut besar2... hahaha!!! jangan datang masalah rosak gigi pulak lepas ni sudah....

Kepada sahabat2 yang ada masalah yang sama, anda atau anak anda yang batuk selsema tak henti2, boleh la cuba madu ni sebagai alternatif... Ada sebabnya kenapa madu ini menjadi makanan Sunnah... Rasullullah pun amalkan makan madu setiap pagi kan...? Packing dia seperti gambar di bawah... Selamat mencuba... (^_^)


Wednesday, October 23, 2013

Vitamin C Sustained Release Shaklee Kini Kembali

Vitamin C Sustained Release Shaklee Kini Kembali !!! Satu tablet bersamaan dengan makan 7 biji Sunkist tau! Hebat kan..???

Ujian klinikal telah pun membuktikan Vitamin C Sustained Release Shaklee dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. 

Dan ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Nak tahu kebaikan Vitamin C Sustained Release Shaklee dengan lebih lanjut, boleh klik di sini.

Jadi, sesiapa yang selalu kena selsema, demam dan batuk tu eloklah amalkan ambil Vitamin C Shaklee. Lagipon tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Tambahan pula Vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Dan anda tak perlu risau sebab Vitamin C tidak memberi kesan toksik. Paling best, Vitamin C Sustained Release Shaklee ni sesuai diambil oleh mereka yang ada penyakit gastrik.

Jom!! Kita baca testimoni mereka yang telah mencuba Vitamin C Sustained Release Shaklee yang hebat ni ye.

  :: Testimoni Vitamin C Sustained Release Shaklee #1 ::

 
:: Testimoni Vitamin C Sustained Release Shaklee #2 ::
 
 

 
 :: Testimoni Vitamin C Sustained Release Shaklee #3 ::
 

:: Testimoni Vitamin C Sustained Release Shaklee #4 ::



Untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di nombor yang tertera di bawah ya../ (^_^)


Sekian,
Salam sayang,
BlissfulBaizura

Shaklee Independent Distributor
(ID: 945986)
call/sms/whatsapp: 019-266 6454
twitter: @BlissfulBaizura
FB: Nor Baizura Aziz Ahmad


sumber info: http://superbvitamin.blogspot.com

Thursday, October 10, 2013

Kulit Cantik Berseri dengan Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum semua, semoga anda sentiasa sihat & ceria... Jom kita sembang sikit tentang collagen hari ni...
 
Anda wanita, siapa yang tak kenal dengan collagen? semua orang tahu tentang collagen, betul tak...
Collagen memang sinonim dengan wanita kerana khasiat yang tidak ternilai lebih2 lagi dengan kecantikan kulit... ye lahh, siapa yang x nak cantik kan...? saye pun nakk....

Hakikatnya, khasiat collagen bukan hanya tertumpu kepada kecantikan kulit semata-mata... Nah, bagi anda yang belum tahu, cer tengok gambar di bawah untuk tahu kehebatan collagen kepada kita...




Hebat kan fungsi collagen... ibarat semua dalam satu...tapi anda yakin ke produk collagen yang anda pilih betul2 bagus ataupun tidak? jom kita study sikit tentang cara2 untuk memilih collagen powder yang betul2 berkualiti...

  1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan
  2. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.
  3. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
  4. Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan
  5. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri
  6. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)
  7. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
  8. Last but not least, pastikan ia selamat dan tidak bertoxin
Lepas ni anda boleh la mula mendapatkan produk collagen pilihan hati, Alhamdulillah.. kolagen pilihan hati saya cukup syarat panduan... dan ianya terbaikk..ni dia..Shaklee Collagen POwder...


Salah satu keistimewaan Collagen jenama Shaklee adalah ia dihasilkan dgn gabungan 7 ramuan yg aktif (ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B)

Tapi ada satu lagi sebab yg membuatkan Collagen Shaklee sangattt special.. iaitu ia dihasilkan daripada sisik ikan merah..... Ikan merah??? Nak tahu tak kenapa Shaklee menggunakan ikan merah? Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan 5000m. Ikan biasa tak mampu nak hidup dalam laut yg bertekanan tinggi. jadi ikan merah ni antara ikan yg boleh menahan tekanan sehingga 20paun, bertelur dan hidup bebas dlm lautan dalam.. Maka ini menjadikan ikan merah sumber kolagen yg sangat lasak. Ciri2 ikan merah ni - sangat lasak dan elastik, kepaduan sel sangat tinggi, tinggi kapasiti dlm mengekalkan kelembapan, jisim molekul sangat rendah utk penyerapan unggul...
 
Gambar dbawah ni antara testimoni hot kesan Collagen..
(sehinggakan produk brand lain pun curi testimoni ni)
 
 Teruja melihat kesan hasil setia bersama produk2 Shaklee...especially Shaklee Collagen Powder..fast and efficient..:)

So, tunggu apa lagi... bagi yang mengambil berat tentang kecantikan kulit anda, especially yang sedang menunggu hari untuk naik pelamin tu, masih sempat lagi untuk me-repair cela di wajah anda... contact saya laju2 untuk dapatkan produk ni ye... 



Sekian,
Salam sayang,
BlissfulBaizura

Shaklee Independent Distributor
(ID: 945986)
call/sms/whatsapp: 019-266 6454
twitter: @BlissfulBaizura
FB: Nor Baizura Aziz Ahmad


sumber info: http://www.mamafaiz.com

Thursday, September 19, 2013

Jom Sayang Jantung Kita....

Salam sayang semua,
Anda semua sihat? ...pasti ramai yang akan menjawab "YA"....
Kalau saya tanya JANTUNG anda semua sihat? ....haaaa.... sejauh mana anda PASTI yang jantung anda sememangnya sihat? Anda semua tahukan peyakit jantung adalah salah satu pembunuh utama rakyat di Malaysia ni... Zaman sekarang ni, bukan orang tua saja yang menjadi "mangsa pembunuhan" penyakit jantung ni, orang muda pun sudah tidak terkecuali dari menjadi mangsa... Antara faktor-faktor serangan jantung ini adalah di sebabkan merokok, tekanan darah tinggi, kolestrol, diabetis dan sebagainya.

Atas kesedaran ini, Shaklee Malaysia telah melancarkan produk terbarunya pada 8 Jun 2013 khas untuk mereka yang mempunyai masalah jantung, masalah kolestrol, tekanan darah tinggi atau  kepada mereka yang ingin mencegah masalah ini.

CoQ Health Plus ini mengandungi campuran  Coenzyme Q10 (CoQ10), Vitamin E dan ekstrak teh hijau. Apa yang dimaksudkan dengan Coenzyme Q10 tu? CoenzymeQ10 adalah sejenis jisim yang menyerupai vitamin yang dijumpai di dalam setiap sel dalam badan kita. Para saintis berpendapat jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 dari organ lain. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja kerana ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Degupan ini berlaku dengan adanya tenaga. Pada usia muda tubuh badan mungkin tiada masalah mengeluarkan tenaga untuk degupan jantung tetapi ia mula bermasalah ketika kurangnya pengeluaran tenaga pada usia 50-an dan seterusnya. Degupan jantung akan menjadi lemah.

Kalau anda nak tahu, CoQ10 juga boleh didapati di dalam makanan harian kita seperti daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang,bayam dan soya. Oleh kerana usia kita yang semakin meningkat, adalah digalakkan untuk mengambil supplement CoQ10 ini yang setara dengan kandungan CoQ10 di dalam tubuh badan kita. 
Dengan pengambilan sebiji sehari supplement CoQ Health Plus ini, ia akan membantu mengurangkan  gejala-gejala masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur dan bengkak. CoQ10 dapat meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung dan juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. 

Apakah kebaikan CoQHealth Plus?

Dengan pengambilan sebiji sehari CoQHealth Plus dapat :
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat dari kolestrol jahat ( LDL) yang menyebabkan jantung sukar mengepam (menyebabkan serangan jantung)
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
  • Membantu mengurangkan proses penuaan, wajah lebih berseri 
  • Mampu menghilangkan kedutan dan jeragat 
  • Meningkatkan kesuburan (khusus bagi lelaki)
  • Berfungsi sebagai "sunblock" melindungi kulit dari pancaran sinar matahari (amat sesuai bagi sesiapa yang selalu terdedah kepada pancaran matahari
  • Meningkatkan tenaga dan stamina
 
 
Siapakah yang perlu mengambil CoQHealth Plus?

  • Sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan kesihatan yang terbaik
  • Berusia 30 tahun ke atas 
  • Mempunyai masalah kekurangan tenaga (sering letih dan lesu)
  • Mempunyai masalah jantung
  • Sesuai diambil oleh lelaki dan wanita
  • Pengamal ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi dan kolestrol
  • Wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga
 
Jadi sekarang saya nak tanya semula, JANTUNG anda semua sihat...??? bagi yang mengambil berat tentang kesihatan jantung anda pasti tidak akan berlengah utk dapatkan makanan terbaik ini kan....
Jom, cepat2 contact saya untuk dapatkan CoQHealth anda hari ini... (^_^)

Sekian,
Salam sayang,
BlissfulBaizura

Shaklee Independent Distributor
(ID: 945986)
call/sms/whatsapp: 019-266 6454
twitter: @BlissfulBaizura
FB: Nor Baizura Aziz Ahmad


sumber info: http://mommatwinz.blogspot.com

Tuesday, September 10, 2013

B Complex & Migrain...

APA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

APA PENYEBAB MIGRAINE?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.

BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?
Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :
  1. Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  2. Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  3. Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
     
BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?
Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit (painkiller). Ianya boleh didapati di farmasi.  Namun pilihan di tangan anda. Altenatif lain untuk merawat penyakit migrain ada di tawarkan oleh Shaklee. Anda yang tentukan sama ada anda perlu terus mengkonsumsi ubat berasaskan dadah atau merawat penyakit ini dengan ubat-ubatan yang semulajadi...

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...
 
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya. 
 
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya...

Berminat? Contact me okay..

Sekian,
Salam sayang,
BlissfulBaizura

Shaklee Independent Distributor
(ID: 945986)
call/sms/whatsapp: 019-266 6454
twitter: @BlissfulBaizura
FB: Nor Baizura Aziz Ahmad



sumber info: mamafaiz.com / drzubaidi.wordpress.com

B Complex dan kaitannya dengan kesihatan...

Apakah makanan yang mengandungi zat B sebenarnya? 
Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang LENGKAP atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B. 
 
Apakah B Complex ?
B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu 
thiamin (B-1),  
riboflavin (B-2), 
niacin(B-3), 
pyridoxine (B-6),  
folic acid (B-9) 
cobalamin (B-12) 
dan Biotin.
 
 
Apa kebaikan vitamin B complex sebenarnya?
Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untukmengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.
 

Apa kelebihan vitamin B complex Shaklee?
Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :
 
§ Sistem penyerapan bioaktif berpaten
§ Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
§ Peningkatan penghantaran zat
§ Tablet mudah ditelan
 
 
Siapa sebenarnya yang perlu B complex?
Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang
· Terdedah kepada sinaran matahari
· Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
· Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
· Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
· Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
· Mereka yang nak nampak cantik dan muda
· Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
· Wanita yang mengambil pil perancang
Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B Complex...
 
 
Sekian,
Salam sayang,
BlissfulBaizura

Shaklee Independent Distributor
(ID: 945986)
call/sms/whatsapp: 019-266 6454
twitter: @BlissfulBaizura
FB: Nor Baizura Aziz Ahmad

Monday, September 9, 2013

Cerita Tentang Alfalfa...

Salam Sayang Semua,
Hari ni jom kita bercerita tentang khasiat Alfalfa Complex...
Pada yang dah amalkan tentunya tahu kenapa & sudah pasti akan terus kekal mengamalkan Alfalfa sebagai salah satu vitamin wajib harian anda kan...??

Jom kita check kat bawah ape kelebihan Alfalfa...

Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita:
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster

Shaklee Alfalfa Complex merupakan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s...Apa keistimewaan alfalfa jenama Shaklee berbanding yg lain?Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin (It is organically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant.The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity).. Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.

Berminat? Contact me okay..

Sekian,
Salam sayang,
BlissfulBaizura

Shaklee Independent Distributor
(ID: 945986)
call/sms/whatsapp: 019-266 6454
twitter: @BlissfulBaizura
FB: Nor Baizura Aziz Ahmad



sumber info: mamafaiz.com 

Friday, September 6, 2013

Info Menarik Tentang ADVANCED JOINT HEALTH TABLET


Salam sayang dear readers......=) Ada yang merana kerana sakit sendi tak? Atau ibubapa mengadu sakit sendi or sakit lutut? Jangan biarkan sakit sendi menghantui dan menganggu kehidupan seharian anda sekeluarga.


 

Jom dapatkan Advanced Joint Health Tablet Shaklee khusus untuk kesihatan sendi anda.
Shaklee Advanced Joint Health Tablet bertindak dan memberi manfaat dalam 3 cara:


1. MENYOKONG KESELESAAN SENDI


  • Mengandungi Ekstrak Boswellia, yang menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
  • Boswellia adalah sejenis herba yang banyak digunakan dalam perubatan ayurveda (traditional medicine of India). Ekstrak boswellia adalah daripada gum resin pokok boswellia.
  • Ekstrak Boswellia ini kaya dengan boswellic asid yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. 

2. BERTINDAK SEBAGAI KUSYEN


  • Mengandungi Ekstrak Jagung yang membantu mengekalkan tulang rawan.
  • Ekstrak Jagung membekalkan sumber glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan memelihara tulang rawan. 
  • Glukosamina bertindak seperti minyak pelincir untuk melindungi tulang daripada cedera akibat sentuhan kerap antara tulang.

3. MEMELIHARA TISU PENYAMBUNG YANG SIHAT


  • Mengandungi Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk menyokong dan memberi nutrien penting untuk kesihatan sendi.

Haaa!! Apa tunggu lagi?? Ramai yang dah amalkan dan menampakkan kesan yang positif dengan pengambilan Advanced Joint Health Tablet Shaklee. Hadiahkan untuk diri anda dan ibu bapa tercinta.


Sekian,
Salam sayang,
BlissfulBaizura

Shaklee Independent Distributor
(ID: 945986)
call/sms/whatsapp: 019-266 6454
twitter: @BlissfulBaizura
FB: Nor Baizura Aziz Ahmad

Wednesday, September 4, 2013

Jom Ketahui Kelebihan Omega Guard Shaklee

Salam dear readers,
Sekarang saya adalah salah seorang pengedar sah produk Shaklee.
Dan, inilah kali pertama saya nak update tentang salah satu produk shaklee...

Hari ini, jom kita bercerita tentang kebaikan Omega Guard.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang 
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon. 
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan 
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik  
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi 
24. Mencegah penyakit gout 
 
Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
- Mencegah insomnia 
- Mengurangkan tekanan emosi 
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan 
- Membantu memperbaiki masalah autism 
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive 
- Mengurangkan masalah schizophrenia 
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
 

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas 
2. Pesakit Jantung 
3. Wanita 
4. Wanita yang telah melahirkan anak 
5. Pesakit darah tinggi 
6. Orang yang selalu lupa 
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas 
8. Pelajar 
9. Ibu menyusu 
10. Ibu Hamil 
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus




Sekian,
Salam sayang,
BlissfulBaizura


Shaklee Independent Distributor
(ID: 945986)
call/sms/whatsapp: 019-266 6454
twitter: @BlissfulBaizura
FB: Nor Baizura Aziz Ahmad

Thursday, August 1, 2013

...and all the good things happens...

Salam...
Syukur Alhamdulillah, benda yang di nanti-nanti & di tunggu-tunggu telah pun di terima...
Surprisingly, loan yang approve tu atas nama akak dik nonn... Sumpah tak sangka!!
Sebab, nama aku ni memang dah kene CCRIS dgn RHB bank, pulak nye ade satu lagi kereta Myvi atas nama aku jugak yang di guna & dibayar secara gagah-nya tanpa outstanding oleh pedin (my cousin)... tenkiu pedin atas kesungguhan anda mencantikkan struktur loan-repayment tu dan memberikan rekod baik aku pada CIMB Bank... Sedangkan pada asalnya, nama aku tu pun pernah di blacklistkan oleh Ambank konon2 defaulter sebab tak mampu nak bayar kereta tu pada zaman kejatuhan aku dulu...

Terima kasih CIMB Bank kerana sudi memberi kepercayaan kepada aku untuk meminjam duit anda... (^_^) Sebenanya aku dah mula putus harapan bila Kak Fadz x reply sms aku mase hari Isnin lepas... Dengan mengharapkan loan under nama hubby yang di luluskan, kami duk menunggu & menharap bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba... follow - up la kami berkali2 namun masih belum ada keputusan... Terkejut beruk aku bila dapat sms dari Kak Fadz hari selasa right before Iftar kata loan dah approve... Rasa nk melompat bintang selama lima minit lepas dapat sms tu... So, perbincangan yang selanjutnya pun di buat melalui telefon dengan Kak Fadz... Dengan Kak Fadz, aku pakai telefon je, sebab dia di Selayang... Aku dapat number phone dia pun dari internet je... Tapi keramahan dia tu buat kami senang mesra...

So, semalam, aku pegi block no. plat kereta... Terima kasih anda yang tolong mendoakan, saya dapat number tu.... yeehaa!!! Aku mintak former runner aku Encik Firdaus yang memang setia membantu aku dalam bab2 JPJ ni g amik number tu kat Padang Jawa... Upah kasi la jugak kan, tapi boleh kawtim... Lunch hour, aku lari ke CIMB Auto Finance Branch kat Jalan Kapar untuk sign agreement. Walaupun loan approve kat Selayang, tapi akuleh sign aggreement kat cawangan yang terdekat dengan aku... Bravo CIMB, anda sungguh bijak dan gagah! hehehe....

And, malam tadi, Kak Fadz turun Klang & jumpa kami di Pelita Bukit Tinggi... Syukur, dapat lagi discount Hari Raya RM500 utk downpayment, so hubby just bayar RM383 je kat Kak Fadz & aku pun sign document yang di minta...

All and all, today Kak Fadz akan amik action untuk siapkan kereta aku, katanya sebelum 07.08.2013; insyaAllah confirm boleh dapat... Doakan ye takde ape2 halangan dari pihak Kak Fadz utk readykan kereta tu sebelum dateline yang di janjikan... InsyaAllah, Aminn....

* Jom Lompat Bintang * (^_^)

Until then kawan-kawan... Assalamualaikum...

Monday, July 22, 2013

'possible' kah BMF 8085...?

fed-up dan sakit hati dengan "nenek" sebijik tu... yang tak habis2 buat perangai dan makan duit aku beribu2 ibarat bayar instalment kereta baru...

hehe... ok, itu adalah mukadimahnye.... di bawah adalah jalan ceritanya...

sabtu, 20.07.2013.... everything was well planned... iftar di Kg. Baru A, Hulu Bernam... Our annual compulsory event for ARF (Abdul Rahman Family) group...

Awal2 lagi aku dah siapkan anak2... pukul 5.00pm aku dah mandikan diorang, and showered myself too....
As soon as ayah comes home, he get himself ready, and we are ready to move... Mak dah gerak dulu, sebab ada bacaan Yassin & tahlil untuk arwah2... kami pulak gerak 2 kereta... (aku & kakak).....
Tetibe abang ipar suggest ikut GCE i/o PLUS sbb takut jammed kat Damansara-Bukit Lanjan... Fine, kami OK je.... Perjalanan di mulakan, dan pecutan di mulakan sebaik masuk kat highway GCE...

Everything was fine, when suddenly, a noise come out from the engine & it suddenly off.... Homaiii....!!!!
Ape pulak kali ni...??? Cepat2 kami call abang ipar suruh pusing balik & kami berhenti kat tepi highway...
By the time abang ipar sampai, jam dah 6.45pm, dan perjalanan masih lagi jauh untuk sampai ke Tg. Malim... By that time, I shoot directly to hubby's face... "I've had enough of this car! The time has come for us to switch to new one!" He just shut up... Untuk mengawal keadaan, aku transfer 2 lagi penumpang di belakang masuk ke kereta abang ipar (he owned an Exora), so tinggal lah kami 4 beranak patah balik ke Klang. I really had a mixed feeling that time. Marah, sakit hati, sedih, kesian dgn anak2... Everything!!!!! Just because of "one old stupid nenek" yang suka buat perangai bila nk long distance journey! damn!!!

We turn back home, & directly go to our panel foreman... (panel la sangat... haha!) and sahih la, rod yang dah patah.... how to fix it? haha!~

1. overhaul - which according to him dia takut kereta tu x sempat siap sebelum raya sebab hubby dalam waiting list which he have 3 more cars to overhaul before ours!
2. beli enjin baru - which the cost is much2 more higher than overhauling the engine, tapi boleh di siapkan dengan cepat & guarantee before raya...

.................Which one is your choice if u were me?

Hubby kata kat foreman, x pe kami balik dulu & fikir, will come back tomorrow for decision.... And so, we go back home & had our iftar at 10.00pm.... Sumpah lapar... :'( we had a little discussion which brings to null outcome sebab fikiran masing2 tengah semak; then we go to sleep after babies tido...

Next day, which was yesterday... i went outside for laundry and get back into the room when suddenly hubby passed his mobile to me to speak with a lady, which is a Perodua dealer in Selayang... I was really surprised that this is (finally) the decision that he made to save the situation... Zero downpayment, available before raya, Myvi 1.5 Auto, with monthly instalment within our budget. We the, quickly get ready and rushed to the nearest Perodua dealer in Klang.

(With smiling face) We submitted all required documents, and now waiting, hoping, and praying hard for the loan to be approved!!!! sumpah tak sabar!!!! Tak sabar nk get rid of that old nenek yang tak habis2 menyusahkan... seriously, memang aku give up dgn BFK tu....

Tolong doakan sama ye, untuk saya... Supaya saya sempat dapat kereta tu sebelum raya tahun ni....
Until then dear friends, assalamualaikum....

Friday, July 12, 2013

Salam Ramadhan 1434H

Salam Ramadhan untuk semua,

Alhamdulillah masih di panjangkan umur oleh Allah s.w.t untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini...
Syukur...
Kalau tahun lepas mummy berpuasa dengan Hakeemy & Nazmy masih di dalam kandungan. Puasa kali ni Alhamdulillah, mummy berpuasa dengan kedua-dua hero mummy... (^_^)

Kalau masa tahun pertama berkahwin, boleh buka puasa ramai-ramai, berjemaah dgn yg lain sebab belum ade little caliph nk di jaga masa bukak puasa... Aman damai, jiwa gembira dgn makanan yg banyak... hehehe...

Second year, mummy + ayah bukak puasa dengan our first little caliph, quite tough, but we were able to manage it... still bukak puasa berjemaah... meriah dan gembira...

But this year, the third year, when we got 2 little caliphs around during iftar, everything's changed. Hahaha.... of course, mummy have to give priority to ayah to have the food during iftar first. after that only mummy's turn will come. By that time, yang tinggal hanyalah sedikit2 makanan ber-belen yang orang dah tak larat nak telan... Al-maklumlah keluarga besar... Satu induk dengan 3 sub-families in house... Can you imagine? Iftar & Sahur pun dah macam mini kenduri everyday at home... Meriah you...!!! hihihi...

Ape-ape pun, credit to my mum yang always-always-always rajin & suka jamu anak2 makan air tangan dia... Walaupun kadang2 terdengar rungutan kepenatan dari mulut dia, tapi so far, dia x pernah kecewakan anak2 klw ade request utk dia masak ape2...

Keadaan yang berbeza pulak klw di sebelah hubby... keluarga yang kecik, makin kecik bila kami dah berkahwin & keluar dari rumah mak hubby... sorang adik ipar bekerja di kedai makan, dan waktu kerja pada bulan puasa telah pun di ubah kepada 5.00pm - 2.00am... Maka tinggal lah adik ipar bongsu dengan ibu mertua berbuka berdua saja di rumah nya... Jauh bezanya dengan keluarga kami di sebelah mummy...

Bagi yang tak biasa dengan keadaan mcm tu, memang akan rasa janggal... macam mummy la... sekian lama di besarkan dalam keluarga yang meriah & huru-hara... tapi bila masuk ke dalam family hubby, semua nya sunyi & tenang... oh, agak kekok rasenya di situ... maka kami lah yang perlu mainkan peranan di sini, agar suasana sunyi itu bertukar menjadi ceria & meriah dgn ragam2 si little caliphs kami tu...

Ape2pun, semoga barakah dalam Ramadhan kali ini dapat di kongsikan bersama... Masa kecik2 dulu, kita x suka Ramadhan, tapi kita sangat teruja dengan Syawal... Namun, apabila semakin meningkat dewasa, Ramadhan lah yang lebih mengujakan... Dan kalau boleh, x perlulah ada Syawal... Kerana Syawal bakal menyayukan hati ini dengan kenangan2 indah yang pernah di lalui bersama2 insan yang telah di jemput illahi... (tibe2 tersedih pulak) :'(

Ibarat salah satu tagline filem Hindi yang mummy suka:
batein, bhool jati hey, yadein, yaad aati hey...
(kata-kata akan di lupakan, tetapi kenangan akan sentiasa di ingati...)
Al-Fatihah untuk semua arwah-arwah yang telah pergi di jemput Illahi...
Sesungguhnya kamu semua kekal di dalam ingatan kami, selamanya...
Apabila tiba masa nya, kami pula akan menyusul,
insyaAllah moga Allah temukan kita semua semula di Jannah...

Akhir kata,
Salam Ramadhan, Ramadhan Kareem buat semua.
Assalamualaikum...